Benar ini masanya untuk kita berjiwa tabah. Waktu ini dipanggil'crucial'. Ini sangat penting untuk anak muda memahami bahawa obesiti itu bukan budaya 1Malaysia. Jesteru itu kurangkan gula. Jangan ambil gula berlebihan kerana rakyat Malaysia ramai yang obes. Campurkan pasir dalam makanan dan minuman anda. Ini penting sebagai alternatif menambah perisa. Apapun yang diselaraskan atau dirasionalisasikan, ternyata itu semua tidak rasional untuk anak muda yang hendak memulakan kehidupan. Perubahan itu tetap menjadi keutamaan. Apa yang penting untuk diubah adalah cara kita berfikir dan melakukan tindakan.
Mencari nama kucing meminta pandangan warga daulah. Menaikkan harga 5 in 1 tidak pula meminta pandangan warga. Mengapa harus ia dibuat di luar parlimen. Meskipun keadaan mendesak jangan pula orang miskin yang didesak. Kadar jenayah akan terus meningkat. Rompak, rogol dan pecah kilang akan berlaku di mana-mana. Ekonomi negara akan mengalami bubbles yang bakal pecah. Selagi kita tidak kembali kepada bumi, selagi itu kapitalis menjajah kita. Kini jiwa warga didesak untuk memiliki itu dan ini. Aktiviti wajib warga adalah membayar serba serbi. Dari dalam ke luar. Dari langit, bumi, udara, air dan bahan kumbahan semua adalah sumber ekonomi. Tiada lagi kebajikan untuk warga. Yang tinggal hanya gigi sebatang dua.
Kenapa tidak ditarik subsidi 19 bilion kepada IPP. Mengapa tidak dipotong gaji semua menteri. Kenapa tidak ditamatkan semua projek kelolaan menteri. Ternyata agihan ekonomi itu tidak adil kepada warga. Harga barang meningkat. Gaji rendah dan ciput. Warga dibebani hutang keliling pinggang. Anak muda digalakkan membuat pinjaman. Di situ dan di sini surat peguam berkeliaran menuntut hutang. Mahkamah sesak dengan kes hutang. Di sini hutang di sana hutang. Apa lagi yang tinggal untuk warga. Keadaan itu begitu tidak selesa. Peluang pekerjaan semakin berkurangan. Kakitangan awam kerja tertekan. Pekerja swasta di anak tirikan. Para guru mengeluh mendidik penuh keberatan.
Jalan keluar kepada semua itu adalah perubahan. Sudah pasti yang melakukan perubahan itu ialah anak muda. Anak muda segala bangsa yang memiliki jiwa berani untuk merubah. Anak muda itu tidak bisa gentar dengan ujian. Perjuangan untuk kemerdekaan itu telus lagi tulus. Kemerdekaan sebenar adalah bebas daripada belenggu ekonomi yang bisa membuat poket bocor setiap hari. Semua dibayar kepada daulah. Daulah tidak membayar semula usaha anak muda. Merdeka adalah bebas dari hutang dan jenayah. Keserabutan ini perlu dipisahkan. Agenda pencerahan perlu dilakukan. Pencerahan adalah untuk anak muda Malaysia. Siapa didahulukan, Siapa diutamakan?
1 comment:
follow ak
Post a Comment