About Me
- happy with me aiezack
- JB and MALACCA, JAsin, Malaysia
- Friendship+Lurve+Happiness+ambition=ME Aiezack My name is mUhammad Aizat B.MOhd safian.Lahir kt melaka...Bedarah kacukan Melayu,Arabic dan Cina.Meminati hiburan dan teknologi.Extreme kepada bidang It dan Business.EX Diploma In culinary Art@KLMU and resume CBDS at KLMU bach of BUSINESS DEPT ESHIP.my destiny still far away... gembira bersama saya....bersahabat n menjadi teman saya di dalam blog ini.....
Monday, May 31, 2010
Program bela satu malaysia...
program nie dikelolaan oleh belia malaysia...then digabungkan oleh finas utk membuka satu lembaran baru untuk persatuan baru sekreteriat bela satu malaysia
Sunday, May 23, 2010
Kata_kata Semangat
dan tiada lagi simpulan untuk bergantung...lompatlah ke tali yang lain.
* Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.
* Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.
* Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.
* Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan, perbuatan atau sebagainya.
* Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.
* Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,…..anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.
* Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.
* Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.
* Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.
* Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.
* Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.
* Terseradung bukannya terjatuh.
* Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.
* Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.
* Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.
* Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.
* Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.
* Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
* Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.
* Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.
* Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.
* Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.
* Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari- apa silapnya.
* Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.
* Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.
* Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.
* Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.
* Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.
* Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.
* Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.
* Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.
* Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
* Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.
* Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.
* Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.
* Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.
PERINGATAN!! !
INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KATA-KATA PEMBANGKIT SEMANGAT SAHAJA DAN BUKANNYA FALSAFAH ATAU HADIS ATAU AYAT AL-QURAN.ANDA DINASIHATKAN SUPAYA MEMBACA KATA-KATA INI SEBAGAI PENGETAHUAN SAHAJA.ASASNYA, APA-APAPUN PEKERJAAN YANG ANDA LAKUKAN HENDAKLAH DILAKUKAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN TIDAK BERPUTUS-ASA DAN BERSERAH KEPADA ALLAH S.W.T APABILA ANDA TELAH BERUSAHA.INSYA- ALLAH ANDA AKAN BERJAYA!!. Ingat!! ADA HIKMAH DI SETIAP KEJADIAN YANG BERLAKU. HADAPILAH DENGAN TABAH SEMOGA DIRAHMATI ALLAH.
Thursday, May 20, 2010
BEING IN A FRIENDSHIP:.
BEING IN A FRIENDSHIP:. | |
Being in a friendship Is a release Because you can share with them your frightening tears, Being in a friendship Is a wonderful gift Because they can wipe away your sadness tears, Being in a friendship Is a truly bliss Because you can laugh in loud and crazy cheers, Being in a friendship Are moments to cherish Because you will remember them when they’re disappears.
Being in a friendship Sometimes it’s hard When your faith fluctuating in your heart, Being in a friendship Sometimes leave marks When your mind disagree with your friend’s luck. Being in a friendship Sometimes put blocks When your friend start to refuse to talk, Being in a friendship Sometimes gain dark When they leave you alone with no door to knock,
Being in a friendship Bring happiness They make you laugh like you’re gonna die Being in a friendship Bring sadness They let you cry with their story of lies Being in a friendship Brings anger They let you dash thing but still deny
Being in a friendship Brings everything That makes your life a perfect journey Being in a friendship Is so interesting When it’s a friendship between you and me. |
Hari Guru...kepada Guru
Guru adalah… Pendandan iman, penjana taqwa Penggubah hemah, penjalin disiplin Penyumbi budi, perapi pekerti Pembancuh roh, pemateri peribadi Pengukir daya fakir, penyolek intelek Pencanai perangai, pemintal amal Penyala daya cipta, perona rupa Pemahat semangat, penala daya usaha Pencanting daya saing, pemilin yakin Pelentur tutur, pengarca bahasa Pengandam azam, pembaja cita-cita Penggilap sikap, penyusun santun Pemahat minat, pengilat bakat Pensasa raga, pencerna persona…
Guru adalah muaddib bijaksana Tekun sabar mengadun tamaddun Bagai lilin memperkasakan watak Guru adalah murabbi cendekiawan Gigih adalah meramu ilmu Bagai obor mengupayakan minda Guru adalah mufakkir istimewa Giat rajin membaji jatidiri Bagai lampu menjelitakan wibawa Guru adalah mursyid pendeta Jujur ikhlas mewarna budaya Bagai lentera memperkayakan etika Guru adalah mujahhid peka Iltizam istiqomah melepa jiwa Bagai bara mewajakan maruah Guru adalah mu’alim mempersona Budiman ihsan mengukir wawasan Bagai unggun menceriakan impian… |
Kata Ustaz
Kata ustaz
Kita ini semuanya sama
Tiada beza yang tua mahupun yang muda
Jangan menyombong atau takbur
Sesama manusia
Sekalipun kita berpangkat atau berilmu
Kerana disisi Allah
Kita semuanya sama…
Kata ustat
Jangan kita hina orang yang lemah
Yang kurang berada
Mahupun yang kurang paras rupa
Tiada beza yang mengerjakan sawah
Mahupun yang membina perumahan mewah
Kerana disisi Allah
Kita semuanya sama…
Kata ustat lagi
Jangan kita hina
Budak kecil yang comot lagi berhingus
Kerana dia tiada dosa
Sedangkan kita
Setiap waktu dan ketika
Memenuhi hati kita
Dengan titik-titik noda
Dalam tidur, dalam jaga…
Akhirnya ustat berpesan,
Ingatlah!
Kita manusia semuanya adalah sama
Yang membezakan kita
Hanyalah AMAL dan TAQWA
Biarlah kita kurang dimata manusia
Tetapi tinggi disisi ALLAH…
Peliharalah dirimu
Agar tidak dinodai dengan suasana
Sesungguhnya dirimu
Ada harga diri
Yang tidak ternilai mahalnya…
Tuesday, May 18, 2010
Selamat sudah 2 paper final exm
10 things that I've always wanted to let you know. Well, some of them you might already know ^_^
|